Wednesday, November 18, 2009

mengapa tudung saji?

rupa tudung saji seakan sama rupa piramid
simpan makanan di bawah tudung saji akan lebih tahan dari simpan dalam oven
makanan bawah saji bentuk piramid lebih tahan dari bawah saji plastik empat persegi
demikianlah orang mesir
menyimpan mumia dalam piramid..

mari kita pegi tengok tudung saji besar di mesir
mereka tidak tudung makanan
mereka tudung mumia.

stesen bas express dungun

tuhan buat manusia berbeda2
pada bau yang sama
setengah kata wangi
setengah kata busuk..

hujan lebat di dungun
bilakah agaknya stesen baru nak beroperasi?
di sini ada tempat bernama nibong stesen
selamat tinggal dungun
moga selamat pegi
selamat kembali..

Tuesday, November 17, 2009

dungun lama

Di dungun, masih ramaikah orang membuat saji?
Orang2 yang datang ke Dungun, mereka tak mahu melihat saji.
Apa tinggalan lama di dungun?
Ini binaan apa? Nampaknya uncle google pun belum tahu?

menutup makanan

Tudung saji diguna untuk tutup makanan. Makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat. Jadi jangan biarkan makanan kita terdedah..

Tudung Saji Plastik

Ada juga yang buat saji dengan rotan dan bahan2 tradisional lain. Tapi semua yang tradisional ini dah jadi mahal belaka. Jadi lebih senang pakai yang plastik.
Bila agaknya TUPPERWARE BRAND nak keluar produk tudung saji? Sudah rosak boleh tukar baru :-)

tudung saji tradisional


Tudung saji tradisional diperbuat dengan menggunakan daun tar yang dikeringkan. Daun dicelup dengan berbagai warna dan disulam mengikut kepandaian tukang sulam.
Ada ramaikah lagi orang2 yang pandai buat tudung saji?

Tudung Saji


sebab apa agak2nya MPD buat replika tudung saji sebagai mercu tanda bandar Dungun?
Sekarang ni mana ada lagi orang pakai tudung saji tradisional. Kebanyakan kalu pakaipun, hak plastik.
Jadi orang muda satu masa akan datang mungkin sudah tak kenal tudung saji tradisional.